ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG KAMI..

Isnin, 1 Oktober 2012

BIDANG 4 - MENGENAL KRAF TRADISIONAL

CONTOH AKTIVITI - GASING KERTAS


BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Kertas kotak
2. Lidi sate
3. Gam UHU
4. Gunting
5. Kertas corak gasing yang telah siap dicetak
6. Pensel warna


 CONTOH AKTIVITI - TEMBIKAR LINGKARAN


BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Plastesin ataupun tanah liat.






BIDANG 3 - MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

AKTIVITI - STABAIL



FLORA

  BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Gambar bunga - bungaan yang telah siap dicetak.
2. Tanah liat
3. Straw
4. Gam
5. Gunting
6. Cawan kertas
7. Manila kad



AKTIVITI - TOPENG


BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1.  Kertas manila kad.
2. Gambar topeng yang telah siap dicetak.
3. Gam.
4. Gunting.
5. Getah ( rubber band ).
6. Penknife untuk menebuk mata.
7. Krayon






BIDANG 2 - MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

CONTOH AKTIVITI -  LIPATAN DAN GUNTINGAN


CORAK TIDAK TERANCANG

BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Kertas warna.
2. Kertas lukisan
3. Gam
4. Gunting



CONTOH AKTIVITI - CETAKAN

CETAKAN BENDI DAN BAWANG


BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Kertas lukisan.
2. Warna air.
3. Bendi ataupun bawang besar.
4. Pembancuh warna.
5. Berus lukisan





BIDANG 1 - MENGAMBAR

CONTOH AKTIVITI -  LUKISAN BERTEMA ALAM SEKITAR


* BUNGAKU *



BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Krayon.
2. Kertas Lukisan.
3. Pensel dan pemadam.




 CONTOH AKTIVITI - LUKISAN  BERTEMA OBJEK BUATAN MANUSIA


RUMAH KESAYANGANKU


BAHAN DAN ALAT  YANG DIPERLUKAN

1. Kertas lukisan
2. Pensel warna
3. Pensel dan pemadam



CONTOH AKTIVITI - RESIS

SAYANGKU BUNGA

BAHAN DAN ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Warna air
2. Kertas Lukisan
3. Pensel dan pemadam
4. Pembancuh warna
5. Berus lukisan





BIDANG KEGIATAN DAN AKTIVITI

BIDANG 1 - MENGGAMBAR

Aktiviti yang akan dijalankan mengikut Kurikulum Standard Dunia Seni Visual di bidang menggambar adalah seperti berikut :

1.  Lukisan
2.  Catan
3.  Gosokan
4.  Resis

BIDANG 2 - MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Aktiviti yang akan dijalankan mengikut Kurikulum Standard Dunia Seni Visual di bidang membuat corak dan rekaan adalah seperti :

1.  Lipatan dan guntingan
                                      2.  Cetakan
                                      3. Tiupan

BIDANG 3 - MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN1.

Aktiviti yanhg akan dijalankan di bidang membentuk dan membuat binaan adalah seperti :

1.  Stabail
2.  Topeng

BIDANG 4 - MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Aktiviti yang akan dijalankan di bidang ini ialah :

1.  Gasing
2.  Tembikar

ORGANISASI KANDUNGAN DUNIA SENI VISUAL


Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaeran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.


STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.


STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.


STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.


STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

          Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.